Sunday, 1 July 2012

Majlis pelantikan Pandu Puteri

Tarikh             : 25 Julai 2012
Hari                 : Rabu
Tempat           : Gimnasium

Kami telah secara rasminya dilantik sebagai Ahli Pandu Puteri.

















KAGUM

Pada 10- 15 Jun yang lepas, Pandu Puteri IPBA telah menghantar seramai 2 orang wakil ke IPG Kampus Perlis. 2 pelajar tersebut ialah Nor Ashimah bt Abu serta Nurul Nadia Hidayani. Tahniah kerana telah berjaya menyertai camping yang bertempat di IPG Kampus Perlis. Diharapkan anda dapat berkongsi ilmu dengan rakan-rakan mengenai ilmu kepanduan. Moga kita akan mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu.. 













Friday, 20 April 2012

Misi & Visi PPPM



Misi

Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat.

Visi

PPPM bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. PPPM akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadikan pemimpin berwibawa hari esok.




Lagu Dunia


Lagu Dunia

(Versi Bahasa Melayu)

Arah kita jelas ke depan,
Bendera berkibar;
Tidak berlipat di dunia
Harapan abadi;
Bersatu untuk kebenaran,
Persahabatan kukuh;
Selagi dunia masih ada
Akan nyanyi lagu ini.

Yang cintakan kebenaran,
Menetapkan janji;
Dengan rela berjasa,
setia abadi;
Kebebasan kita tepati,
Bersedia sama;
Untuk semua miskin kaya,
kita beri, yang terdaya.


World Song

(English Version)

Our way is clear as we march on,
And see our flag on high
Is never furled throughout the world
For hope shall never die
We must unite for what is right
In friendship true and strong
Until the earth in its rebirth
Shall sing our song.
Shall sing our song.

All those who loved the true and good
Whose promises we were kept
With humble minds whose acts were kind
Whose honour never slept
Those were the free and we must be
Prepared like them to live
To give to all, both great and small
All we can give
All we can give. 
                                    
                                                    Lagu Dunia^^  




                                                                 World Song



Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Malaysia


Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Malaysia


Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1917 apabila ia didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura, sehingga tahun 1956. Sejak tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat. 
Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok. 
Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program kepanduan yang bercorak pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia.

Matlamat PENDIDIKAN BUKAN FORMAL yang berkualiti ialah “Jerih, Rapi, Kaitan dan Hubungan”. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai matlamat untuk memantapkan tahap kejerihan dan kerapian dalam program dan aktiviti, menjadikan program dan aktiviti kepanduan relevan kepada kehidupan seharian ahli Pandu Puteri dan boleh digunakan untuk manfaatnya pada masa hadapan, serta memupuk perhubungan baik antara Pandu Puteri, dewasa dan remaja. 
Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM KEPANDUAN yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan kepanduan seluruh dunia.
PROGRAM KEPANDUAN yang digubal untuk ahli adalah berdasarkan Undang-undang Pandu Puteri yang bertujuan supaya seseorang ahli :
a) Boleh dipercayai o Sentiasa taat dan setia
b) Suka menolong orang lain
c) Bersahabar dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain
d) Sentiasa bersopan santun
e) Sentiasa melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar
f) Sentiasa menurut perintah
g) Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan
h) Sentiasa berjimat cermat
i) Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.
j) Asas program kepanduan terdiri daripada empat komponen iaitu perkembangan diri, sahsiah dan intelek; minat  dan hobi; gaya hidup sihat; dan khidmat. Program kepanduan juga menekankan empat elemen utama iaitu perkembangan jasmani, emosi, kerohanian dan kognitif.

Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM KEPANDUAN yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan kepanduan seluruh dunia.


                                                 Wisma Pandu Puteri,  Kuala Lumpur.

Welcome to our blog.

Welcome to IPBArian's Girl Guides 2012 page. The owner of this blog is students of PISMP TESL 4 & 5^^
Hope that we can share and gain something from this blog.



                                PISMP TESL 4 & 5 of IPG KBA.








Tuesday, 17 April 2012

there's no post yet due to a lot of things happening at campus. will update later.